Menjalankan perniagaan produk kesihatan lelaki dan wanita secara atas talian pada harga yang terbaik. Juga menawarkan program DROPSHIPPING bagi yang berminat memulakan perniagaan atau menambah produk-produk jualan anda. Kami juga pemborong & pengedar aktif untuk produk lain seperti CADAR, TELEKUNG, DINNER SET, PAKAIAN SUKAN, KRAFTANGAN DAN TUPPERWARE.

PETUA KITA

Menghilangkan Parut
Petua 1 : Ambil biji asam jawa. Goreng tanpa minyak lebih kurang 5 minit. Kemudian ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang kasar. Bila keluar serbuknya, titiskan air dan gosok pada parut. Insyaallah jika di amalkan ia akan dapat menghilangkan parut tersebut.

Petua 2 : Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Petua 3 : Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jgn terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.

Petua 4 : Amalkan gosok setiap hari dengan kulit pisang lemak manis atau kulit pisang kapas.

Petua 5 : Sapukan dengan sebarang ubat gigi setiap hari.

Petua 6 : Ambil sedikit beras, kunyit hidup dan sedikit bawang putih. Kisar bahan-bahan ini sehingga halus. Kemudian, campurkan dengan sedikit air dan ratakan ke muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian gosokkan perlahan-lahan sama seperti memakai skrub. Setelah itu bilaskan dengan air suam. Lakukan setiap hari dan anda akan mendapat hasil yang memuaskan.

Mengatasi Bulu Roma Lebat
Jika anda mengalami masalah bulu roma yang lebat tentu anda risau dan tidak selesa, terutama bagi kaum wanita. Untuk mengatasi masalah ini, sediakan 2 sudu besar air limau nipis, campurkan dengan sedikit gula pasir, kacau hingga sebati. Setelah itu sapukan pada badan yang ditumbuhi oleh bulu roma itu, biar kering di badan selama setengah j am setelah itu barulah dicuci. Lakukan cara ini sekali sehari. Insya-Allah bulu roma anda akan gugur

Mewangikan Rambut
Hiris dua biji limau nipis nipis-nipis secara melintang. Kemudian gosokkan ke kulit kepala yang telah dibasahkan. Gosok rata sehingga air limau meresap ke akar rambut. Biarkan beberapa minit sebelum dibilas. Amalkan setiap kali sebelum mandi.

Merawat Panau
Petua 1 : Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.

Petua 2 : Gosoklah panau dengan belerang mancis api terutama pada waktu tengahari. Kemudian ketika mandi, gosok pula dengan air limau nipis. InsyaAllah panau tersebut akan cepat hilang.

Menghilangkan Bulu Di Atas Bibir
Semua perempuan pasti menghadapi masalah ini dan banyak juga yang berasa sangat malu dan tidak berkeyakinan diri bila bulu di atas bibir ini terlalu lebat kan. Jangan risau, cubalah petua yang saya beri ini insyaAllah berkesan kerana saya sendiri telah mencubanya dan ternyata berkesan dan kulit kelihatan lebih menarik.

Caranya :Perah limau nipis dan campurkan jusnya dengan gula pasir. Kacau sebati dan kemudian sapu atau urutlah ke atas bibir. Selamat mencuba!


Mencantikkan Kulit Muka
Petua 1
: Sapukan putih telur ke muka anda dan biarkan selama 10 minit. Cuci dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali.

Petua 2 : Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn tuala yg bersih. Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan menegangkan kulit muka yang kendur.

Petua 3 : Amalkan mencuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam. Sapukan teh tersebut ke muka anda, 10 minit kemudian cucilah dengan air bersih.


Meluruskan Rambut
Petua 1 : Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja. Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya.Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.

Petua 2 : Basuh rambut anda dengan air nanas yang manis. Peram air nanas itu semalaman. Selepas itu lumurkan ke atas kepala dan biarkan selama 15 minit. Kemudian basuh dengan syampu sehingga bersih.


Mengelak Keguguran Rambut
Petua 1 : Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.

Petua 2 : Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kuit kepala seeloknya pada waktu malam. Amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.

Petua 3 : Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.


Menghilangkan Kelemumur
Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala. Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam. Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.


Melebatkan Rambut
Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering.
Amalkan dua kali seminggu.

Memerahkan Bibir
Petua 1
: Sapukan madu asli pada bibir tiap-tiap malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.

Petua 2 : Tumbuk seketul halia hingga hancur. Perah airnya, campur kuning telur ayam kampung dan makan setiap pagi dan malam. Bibir pucat akan menjadi merah seperti delima merekah.

Awet Muda
Petua 1
: Amalan memakan ulam-ulam yang segar dan buah-buahan tempatan dapat membantu kita mengekalkan kesihatan dan akan kelihatan lebih muda dari usia sebenar. Amalkan memakan ulam pegaga selama beberapa minggu dan anda akan lihat hasilnya. Ianya juga memberi kesan yang baik kepada kesihatan dalaman anda.

Petua 2 : Ambil 2 helai pucuk betik, 2 inci kunyit hidup, 2 inci lempoyang, 2 inci isi cekor dan satu cawan air masak. Bahan2 ini dikisar lumat dan ditapis. Minum ramuan ini setiap hari. Hasilnya wajah anda lebih bersih, berseri dan kulit cantik.

Menghilangkan Bekas Jerawat
Petua 1
: Ambil sepotong ubi kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya. Bersihkan. Parutkan. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan air perahan pada muka anda yang ada bekas jerawat. Lakukan setiap hari selama seminggu. Insya-Allah, kesannya memuaskan.

Petua 2 : Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bekas jerawat. Amalkan selama seminggu.

Petua 3 : Ambil 10 helai daun sireh muda, Bersihkan dan tumbuk lumat. Muka hendaklah dibersihkan dengan air suam dan sapukan sireh pada muka terutama di bahagian bekas jerawat. Biarkan kira-kira setengah jam atau hingga kering. Cuci muka bersih-bersih dan lap kering. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 4 : Selain daripada ulam yang enak dan berkhasiat, pegaga juga boleh digunakan untuk menghilangkan tanda hitam parut jerawat di muka. Caranya ialah dengan mengisar daun pegaga dengan bedak sejuk dan air secukupnya. Pupukkan adunan tersebut di tempat tanda hitam parut jerawat di muka anda setiap hari atau setiap malam sebelum tidur. Campuran kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan memasukkannya ke dalam botol yang kering.

Petua 5 : Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Esoknya, cucilah dengan air suam.

Petua 6 : Tumbuk sepuluh helai daun sireh muda. Tempelkan pada muka terutama bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 7 : Kisar timun dan tapis airnya.Tampalkan hampas timun pada wajah yang berparut. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci dengan air suam.

Melangsingkan Tubuh
Petua 1 : Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal.

Petua 2 : Hiriskan sedikit halia dan campurkan dengan segelas air suam. Biarkan seketika. Amalkan minum pada setiap pagi.

Petua 3 : Rebus pucuk betik hingga tinggal setengah cawan airnya. Amalkan meminumnya 2 kali sehari.

Petua 4: Tumbuk sedikit jintan manis, jintan putih, halia dan lada hitam sehingga halus. Campurkan dengan setengah gelas air dan ditapis. Minum air ini sebelum tidur dan amalkan selama sebulan.


Menurunkan Berat Badan
Petua 1 : Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun

Petua 2 : Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Petua 3 : Cuci dua helai daun betik tua dengan air suam sehingga bersih. Selepas itu potong kecil-kecil selebar dua jari dan masukkan ke dalam mesin pengisar bersama air asam jawa secukupnya dan secubit garam. Kisar hingga lumat. Tapis dan ambil airnya. Minum 3 kali sehari sebelum mengamalkannya setiap hari selama seminggu.


Mengempiskan Perut
Petua 1 : Cara mudah yang biasa di lakukan ialah dengan hanya mengambil beberapa biji limau kasturi dan sedikit kapur makan. Perah jus limau kasturi tersebut dan gaul bersama dengan kapur makan tadi. Sapukan pada perut anda yang buncit untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Insyaallah perut anda akan kempis jika rajin mengamalkannya.

Petua 2 : Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaAllah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

Petua 3 : Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil.

Petua 4 : Ambil segenggam cekur, tepung beras, asam dan gula merah secukupnya, gula pasir dan garam. Semua bahan itu ditumbuk halus, kemudian masukkan air sebanyak setengah gelas. Air tersebut ditapis dan diminum. Amalkan ia selama 4 hari berturut-turut.

Petua 5 : Ambil beberapa biji buah delima. Kupas kulitnya dan jemur sehingga kering. Setelah kering, rebuskan ia dengan sedikit garam. Air rebusan kulit buah delima ini hendaklah diminum selalu bagi mengempiskan perut.


Menghilangkan jerawat
Petua 1 : Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .

Petua 2 : Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit, kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.

Petua 3 : Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.

Petua 4 : Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat.

Petua 5 : Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 6 : Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.

Petua 7 : Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.

Petua 8 : Campurkan putih telur (ayam lampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.

Petua 9 : Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.

38 comments:

  1. Salam,

    nak tau untuk menghilangkan bulu roma di atas bibir tu akan menghilangkan bulu roam secara kekal atau pun ia akan tumbuh semula.sila email anan.hamidi254@gmail.com

    ReplyDelete
  2. berapa lama masa yang diambil untuk bulu roma atas bibir hilang?
    guna limau kasturi boleh tak?
    bulu roma akan tumbuh semula tak?
    sila emel ke daus_igop@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  3. salam.. adakah petua untuk Menghilangkan Bulu Di Atas Bibir tu mmg berkesan? kaedah buang bulu kekal or sementara? n adakah ia tumbuh makin lebat or mcmna?..ingin tau kebenarannya..sy email sy ke nurtie9489@gmail.com

    ReplyDelete
  4. salam untuk petua hilangkan bulu roma atas bibir tu..gula pasir kena larut dalam air limau tu ke?

    sila email ke anglermaxilia@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. salam, petua hilangkn bulu roma atas bibir tu kan, kaedah utk buang bulu secara kekal atau sementara? n adakah akan tumbuh makin lebat or cmna? plz.. nak tahu yg sbnrnya..

    email ke xerra_7@yahoo.com

    ReplyDelete
  6. petua yang baik..
    tp sy ada jual produk yg boleh hilangkan bulu roma secara kekal..
    sila lah dtg mlawat blog saya..

    ReplyDelete
  7. ha ah, nk tnye the same quest too. yg hilangkan bulu roma ats bibir tu temporary @ permanent.

    asap, bellashumel@yahoo.com

    ReplyDelete
  8. saya pun nak tny soalan yg sama..kaedah guna limau nipis tu kekal x hilang bulu roma tu?atau sementara ja?

    ReplyDelete
  9. saya pun nak tny soalan yg sama..kaedah guna limau nipis tu kekal x hilang bulu roma tu?atau sementara ja?

    emel saya:miasarah41@yahoo.com

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum,,
    saya pun nak tnye..kaedah gne limau npis n gula psir 2 kekal x hilang blu roma 2? or smentara jew? dan ia akan tumbuh lagi lebat kew slepas mgunakan kaedah ini..takot jgak kalau lama2 akan jadi lebih lebat ,,tq

    emel saya:MiERa_0422@yahoo.com

    ReplyDelete
  11. Nak tanye soalan yg sme jge.. Dia hilang trus ke tumbuh blik?..Nk hilang kan bulu roma tu bole gne limau kasturi x ?
    aifiqahz@live.com
    Tme kaseh! :-)

    ReplyDelete
  12. Jawab je kat sini tak boleh ke ? Sy pun nak tahu benda yang sama juga

    ReplyDelete
  13. Saya nak tnye,sy ade masalah bg bibir sy ni.Bibir sy ni ade parut.Ia menampakkan bibir sy ni sedikit cacat.Tolong berikan petua bagaimana nk hilangkn parut di bibir sy ni.Sila emelkan dekat

    nur_krisya@yahoo.com

    Harap cepat balas :)

    ReplyDelete
  14. salam . saya nak tanya , hilangkan bulu roma n bulu di atas bibir tu kekal or sementara ? kalau bulu tumbuh smula , semakin lebat atau halus ? please reply .

    zatynorjay94@yahoo.com

    ReplyDelete
  15. saya pun nk thu jgak hilangkn bulu roma tu gugur akan tumbuh balik tak?nak ambil masa brapa lama tuk gugur tu..ned ur answer,pleasa reply..

    ReplyDelete
  16. guna limau kasturi untuk hilangkan bulu roma di atas bibir tak boleh ke? and agak2 berapa lama ye untuk gugur bulu roma tersebut?

    rainbowbuddy90@gmail.com

    ReplyDelete
  17. saya nk tanya benda yg sama dengan diorang kt atassssss...

    ReplyDelete
  18. tlg reply kt mizjihan@yahoo.com

    ReplyDelete
  19. hilangkan bulu roma atas bibir bole kekal lame or sementara je ? pless reply at my email nurulfarhanaaizam@yahoo.com

    ReplyDelete
  20. hilangkan bulu roma atas bibir bole kekal lame or sementara je ? pless reply at my email...sfika@rocketmail.com

    ReplyDelete
  21. hilangka bulu di atas bibir tu boleh kekal tao sementare saje, mohon jwbannya, sila emsil ke rheiia09@gmail.com

    ReplyDelete
  22. Rmainye org nk thu jwpn yg sme. Sy pun, boleh jawab kt sini x? atau klau nk email pun boleh,atiah.bakhri@yahoo.com

    ReplyDelete
  23. sama saya nak tahu ... send p email ni a ... zacron51@yahoo.com plz

    ReplyDelete
  24. Sy pon nk twu juge. Mslh bulu roma di atas bibir bg pmpn. Sy bertnyekn bg pihk adik sy. Email sy di aidil_mr@rocketmail.com

    Tq.

    ReplyDelete
  25. bulu ni ilang wt smentara je or mmg kekal n xkn tmbuh2 g? klo tmbuh pown, btambah lebat ke? pliz rply me at baby_pinkydoll@yahoo.com

    ReplyDelete
  26. salam...samalah jugak mcm saya...nak tnye pasal bulu roma atas bibir tu..
    berapa lama boleh hilang? is it permenant or temporary? please
    rep me : faseha_cute92@yahoo.com

    ReplyDelete
  27. Salamm..sya pn nk tnye bnda yg sme..ilg kn bulu ats bbr tu prmnnt o smntre..tkot mkin lbt.. n bpe lme akn ilg eh? Sye nk tau.. pls emel sye kt : babywanie7@yahoo.com thnx..:)

    ReplyDelete
  28. sementara jee...maybe akan tumbuh balik 2~3bulan kemudian nye.. harap maklum...

    ReplyDelete
  29. salam...yg mghilangkn bulu tu macam mana?betol2 berkesan ka?kalau boley email kat saya taw nadiaidil92@rocketmail.com

    ReplyDelete
  30. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  31. boleh tgk sini utk rawatan buang bulu http://www.reniebeauty.com/?s=abouthair

    ReplyDelete
  32. Saya dah pernah cuba guna kaedah mebuang bulu roma, berkesan cuma ambil msa sikit. Nasihat sya semntr gunakan kaedah ni jgn gunakan sabun yg memupunyai pelembap & losyen bdn sbb kedua2nya mengaktifkn pertumbuhan bulu roma.

    ReplyDelete
  33. KALAu guna AURA JELITA HAIR REMOVAL produk yg bagus ....harga rm35 je beli online dngn sorg sis ni...bagus produk ni x sakit pon masa guna klu korg nk jugk pm la sis guna no ni 01152897268 whATT app je tau akk ni sorg yg busy ..hehe

    ReplyDelete
  34. SURGASLOT777 adalah agen situs judi Slot Online terpercaya siap melayani pecinta Slot Online di Indonesia yang menyediakan judi online terlengkap dan daftar slot gacor mudah menang serta online 24 jam di 2022.

    SURGASLOT777 sebagai perusahaan berbasis online yang menyediakan permainan Slot dan Judi Online yang sudah terpercaya dan mendapatkan predikat terbaik sejak tahun 2015 dengan lebih dari 200 ribu member. Member SURGASLOT777 mendapatkan banyak manfaat dari berbagai layanan judi online terlengkap mulai dari Judi Slot Online, casino online dan judi bola online sampai layanan informasi bocoran slot gacor mudah menang dan cek juga promo slot deposit pulsa termurah!

    ReplyDelete

ORDER FORM

STATUS CUSTOMER
NAME
ADDRESS
CONTACT NUMBER
EMAIL ADDRESS
ITEM ORDER & QUANTITY
PAYMENT TO
PAYMENT VIA

Create a web form here

REVIEW ISTIMEWA BERSAMA ' FOOT DETOX PATCH ORIGINAL'

Foot Detox Patch

Kedaibestari.com merupakan pengimport DETOX FOOT PATCH jenama JUNZHIGONG atau dikenali sebagai JUN GONG.
FOOT DETOX PATCH
FOOT DETOX PATCH - BYE BYE TO TOXIN
detox patch
Menawarkan harga runcit, borong dan juga pre-order pada harga yang amat murah dan kompetatif di pasaran. Kami juga ada menjual pelbagai jenis produk berjenama JUN GONG yang lain..

NOW, EVERYONE CAN BUY!!

HATI-HATI DENGAN PRODUK PALSU YANG MENGGUNAKAN NAMA JUN GONG!!!!!
KINI TELAH MEREBAK DI PASARAN MALAYSIA BERJUTA-JUTA KEPING SEBULAN..!!!
DETOX FOOT PATCH


Untuk lebih detail, sila klik pada gambar.
Photobucket

BACKLINKS

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Free SEO Tools

Qaira Tsamaratulqolbi
My Ping in TotalPing.com
Blogged.my
Ping your blog, website, or RSS feed for Free
http://feeds.feedburner.com/KedaiBestari"